02 December 2015

KERANA GV2 - PERNIAGAAN DATUK SERI VIDA MELONJAK



Pengasas Qu Puteh Datuk Seri Vida lahirkan rasa syukur apabila keputusannya menjadi penaja Gegar Vaganza 2 (GV2) membuahkan hasil apabila produk miliknya kini menjadi lebih terkenal.

Malah pendapatannya juga kian meningkat dek kerana penambahan jumlah pengguna untuk mencuba produk kesihatan yang dijual dalam pasaran tempatan.





"Kini keputusan saya menjadi penaja untuk acara hiburan nyata berkesan walaupun ada segelintir pihak pada mulanya sangsi dengan keputusan saya.

"Menjadi penaja untuk GV2 amat berbaloi kerana pada masa yang sama program ini telah menjadi platform hubungan kekeluargaan yang menonton bersama-sama.

"Jadi, pelaburan saya ini umpama serampang dua mata. Pelbagai kebaikan telah diperolehi oleh semua pihak tidak kira penonton, barisan penyanyi serta tenaga produksi yang berhempas pulas menjayakannya," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Dalam pada itu, beliau turut ditanya adakah tidak berasa kecil hati apabila 'tagline' Qu Puteh menjadi cercaan sesetengah individu.

Dengan senyuman terukir di wajahnya dan menjawab ia sudah menjadi asam garam kehidupan. Tidak semua orang kita boleh puaskan hatinya.

"Mungkin ada yang meluat kot apabila saya buat 'muaaah', tapi saya buat sebegitu kerana saya pakai gincu.

"Jadi aksi itu adalah normal buat diri saya. Sekiranya ada sesetengah orang yang mungkin suka atau pun tak.

"Itu semua hak mereka untuk menilai, yang penting kita tahu apa yang kita buat untuk mencapai target dalam hidup masing-masing," jelasnya.



         ________________________




No comments: