02 December 2015

ISU SALAH FAHAM: LEPAS AZWAN ALI - FAZURA PULA MALUKAN PEMINAT



Jika sebelum Azwan Ali atau Diva AA ini memaki hamun peminat wanita di Twitter kerana salah faham dengan perkataan Me'nate, kali ini perkara tersebut berulang lagi apabila Nur Fazura tidak memahami maksud 'kimK' yang ditulis oleh seorang peminatnya.

Akibat salah anggap dan menyangka peminat mencarut di laman Instagram miliknya, Fazura telah memalukan peminat di laman Instagramnya.





Tindakan Fazura itu telah dikecam hebat oleh netizen.

Apa yang dimaksudkan oleh wanita berkenaan adalah Kim Kardashian dan bukannya kim*ak seperti yang dianggap oleh Fazura.

Untuk makluman, perkataan 'kimK' tersebut telah digunakan untuk menggambarkan kawan Fazura.



Bagaimanapun kami lihat gambar tersebut telah dipadam oleh Fazura mungkin bagi mengelakkan perbalahan yang lebih teruk dan semestinya membuang masa. Dia kemudiannya memuat naik gambar terbaru dengan merujuk kembali terhadap apa yang terjadi.

Walaupun telah membuang gambar tersebut, Fazura tidak meminta maaf sebaliknya membuat penjelasan panjang lebar.

"Salam. Selama mempunyai social media, saya sering cuba berdiam diri setiap kali ada tohmahan, kutukan dan kata kata jahat yg ditulis oleh segelintir manusia yg bersikap riak terhadap my loved ones. Saya akan delete atau blocked sahaja kerana tidak mahu melayan walaupun ada segelintir kata kata itu membuat teman teman dan peminat saya terkesan dan bersedih.



"Sudah lama saya melalui perkara yg sama setiap kali saya upload foto mereka. As a human being, sedikit sebanyak saya akan marah dan malu dengan bahasa melukakan yg kebanyakan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini banyak kata2 yg digunakan hanya menggunakan short-forms dan double-meaning. Bila saya tegur, buat tak tahu dan mereka bergaduh pula dgn peminat saya yg lain.

"Why do we always have to make others think or live like us? Why are we so worried? Biarlah saya, kamu atau teman-teman saya hidup dengan cara masing masing. Kemudian, jika ada pendapat atau komen, perlukah guna perkataan, frasa atau slanga dengan double-meaning?

"Mengundang rasa kurang senang banyak pihak? Hanya ALLAH saja yg tahu. This goes to me and everyone. May we learn from our mistakes and please, if kita tak mahu cakap nice things.. Just don't comment anything at all. Itu lebih baik. Sending love always," tulis Fazura di laman IGnya.

Apa pendapat kami, Fazura harus tampil meminta maaf kepada peminat yang telah dimalukan olehnya. Kata orang, mereka yang jujur dan berani ialah mereka yang sanggup mengaku kesilapan. Tak gitu?



         ________________________




No comments: