02 December 2015

SHARIFAH HASLINDA TAK JADI CERAI DENGAN REEZAL MERICAN



Permohonan cerai yang dibuat oleh Sharifah Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar, 43, terhadap suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ditarik balik.

Haslinda selaku plaintif kes tersebut membuat permohonan itu pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, menerusi peguam syarie, Ummi Kartini Abd Latiff.





Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin.

Haslinda dan Reezal bagaimanapun tidak menghadiri prosiding berkenaan.

Peguam Ummi Kartini memberitahu mahkamah, pasangan tersebut bersetuju untuk meneruskan perbincangan dengan lebih lanjut berhubung soal rumah tangga mereka.

Sehubungan itu, plaintif ingin menarik balik perceraian itu dengan kebebasan memfailkan semula kes berkenaan.

Abdul Fattah meluluskan penarikan balik kes tersebut dengan kebebasan memfailkan semula namun atas alasan berbeza.

Terdahulu, Haslinda telah memfailkan perceraian secara baik terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Lynn mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.


Sumber: mStar


         ________________________




No comments: