Tahniah kami ucapkan kepada Nabila Huda, 31, kerana bakal menamatkan zaman jandanya dengan kekasih hati yang merupakan pengurus kepada restoren Kulcats Jumaat ini (25 Disember).
Perkara ini disahkan sendiri oleh bapa Nabila sendiri iaitu Amy Search.
Amy bagaimanapun berkata, dia tidak tahu lebih lanjut mengenai majlis pernikahan Nabila dengan teman lelakinya.
"Saya hanya diberitahu anak saya akan berkahwin pada 25 Disember ini. Selebihnya, semua persiapan diuruskan oleh ibu Nabila," ujar Amy dipetik sebagai berkata.
Difahamkan, majlis akad nikah Nabila itu akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada pukul 9 pagi.
Sementara itu ditanya mengenai personaliti teman lelaki Nabila, Amy berkata, pemuda berkenaan dilihat sebagai seorang yang baik dan menghormati orang tua.
"Setakat ini saya lihat lelaki itu seorang yang baik dan hormat pada orang di sekelilingnya. Saya harap dia dapat bahagiakan anak saya, Insya-Allah," jelasnya.
Sebelum ini, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, 34, namun mereka bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.
Sumber: mStar
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment