04 December 2015

RUMAHTANGGA BERGOLAK - FASHA SANDHA DILAPOR KE PEJABAT AGAMA



Tiada hujan tiada ribut, tiba-tiba timbul berita hangat yang mengatakan rumahtangga Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai kini sedang bergolak.

Lebih hangat, Fasha Sandha dilaporkan oleh Berita Harian sudah pergi ke pejabat agama dan bakal ke mahkamah tidak lama lagi ekoran masalah rumahtangga tersebut. Puncanya didakwa akibat campur tangan pihak ketiga.





Malah nama Nora Danish turut dilibatkan dalam masalah ini. Namun tiada maklumat lanjut mengenai apa yang dikaitkan dengan bekas isteri Jejai itu.

Teka-teki bertambah kuat apabila satu status yang dimuat naik oleh Fasha Sandha menerusi Instagramnya menimbulkan tanda tanya iaitu “Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak anak untuk mengharungi segala galanya”.



Selain itu, diselitkan juga gambar Fasha bersama dua anaknya berserta catatan, "Infiniti. Ibu, Rayfal dan Raysha".

Harapan kita, jika benar apa yang dilapor... moga semua masalah tersebut dapat diselesaikan secara baik hendaknya.



         ________________________




No comments: