07 December 2015

SAYA SUKA ZUL SEBAB DIA 'FAMILY GUY' - ZAHIRAH MACWILSON



"Orang tidak tahu cerita sebenar. Jadi, mereka bersangka buruk pada saya. Hakikatnya, saya juga manusia biasa yang akan jatuh cinta dan ingin berkawan," ujar pelakon Zahirah Macwilson mengenai kekasihnya Zul Ariffin.

Meskipun banyak isu yang tersebar seperti gambar berpegangan tangan dengan Zul hinggalah kisah kononnya dia nyaris diculik bagi menutupi cerita gambar berpegangan tangan itu, namun kesemuanya bagi Zahirah adalah asam garam kehidupan artis.





Selain itu, tuduhan yang dia menjadi punca gambar-gambar Ayda Jebat dipadamkan daripada laman Instagram Zul turut disangkalnya.

"Saya tidak mahu ambil pusing tentang hal tersebut asalkan ada orang-orang yang menyayangi dan tahu siapa diri saya yang sebenar, itu sudah mencukupi.



"Pembenci (haters) berada di mana-mana sahaja. Apa jua yang kita buat ada sahaja yang tidak suka.

"Saya tidak mahu nampak menunjuk atau meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan kesan cakar penculik di lengan dalam Instagram sebagai bukti membela diri. Begitu juga kisahnya gambar-gambar Ayda dipadam di Instagram Zul. Itu semua hak Zul bukan atas arahan saya, tapi entahlah, semuanya salah saya.



"Apa sahaja kenyataan saya, mereka (pembenci) akan tukarkan ia menjadi negatif. Jadi, lebih baik sekiranya saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya seolah kecewa.

"Apa yang penting, saya menyenangi Zul, seorang lelaki 'family guy'.

"Persamaan diri saya dengan Zul menyebabkan kami serasi. Dia sangat rapat dengan famili dia, bahkan dia terlalu sayangkan ibunya. Sama seperti saya," tambahnya.




         ________________________




No comments: