07 December 2015

RAJA AZMI, DARI PENERBIT & PENGARAH... KINI HANYA PELAKON BIASA



"Saya berlakon kerana sudah malas nak menerbit filem lebih-lebih lagi cabarannya sangat besar.

"Selepas ditawarkan oleh David Teo, saya fikir, apa salahnya untuk cuba benda baru.





"Alhamdulillah, rasa seronok pula. Malah saya juga sudah bersedia untuk menerima segala pandangan dan kritikan terhadap lakonan saya ," ujar Raja Azmi yang sebelum ini makin suram tanpa aktiviti terbaru.

Katanya, dia sebenarnya sengaja tidak terlalu menonjolkan diri dalam dunia hiburan kerana enggan lagi menjadi perhatian umum.



"Memang saya sengaja nak low profile. Saya nak elakkan apa-apa isu yang berbangkit.

"Selain beristirehat, saya cuba perbaiki diri mendekatkan jiwa kepada Allah," tamhahnya dipetik sebagai berkata.

Kini, dia kembali aktif dalam dunia seni dengan cuba melibatkan diri dalam dunia lakonan dan sedang menjalani penggambaran drama Sha & Shah, bergandingan bersama Kamal Adli dan Syatilla Melvin, terbitan Mangkin Prestij, yang merupakan anak syarikat Metrowealth International Group (MIG).



Sumber: MStar



         ________________________




No comments: