07 December 2015

SELEPAS TERUK DIKRITIK - AKHIRNYA YUSRY & LISA KETENGAH WAJAH ANAK



Mungkin disebabkan dikritik teruk di media sosial, akhirnya Yusry dan Lisa Surihani mendedahkan wajah anak mereka Yahaira Leanne kepada umum.

Alasan mereka berbuat demikian adalah sempena hari bersejarah anak mereka iaitu majlis akikah yang diadakan semalam.





"Saya muat naik gambar kami sekeluarga kerana semalam hari bersejarah untuk kami dan hari yang penting buat Yahaira.

"Dengan terbitnya gambar ini, Insya-Allah anak yang tidak berdosa ini tidak akan diberi pujian melampau mahupun dikeji," katanya dipetik sebagai berkata.

Menurut Yusry lagi, sebagai seorang bapa dia mahu bayinya itu membesar secara normal dan sederhana seperti kanak-kanak lain.



"Kami amat bersyukur atas kehadiran Yahaira dalam hidup kami. Tidak pernah ada niat di hati untuk 'sorokkan anak' seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana," tambahnya.

Sehubungan itu, Yusry meminta agar orang ramai tidak menyalahkan Lisa sekiranya dia mahu anaknya membesar secara sederhana.

"Hidup sebagai selebriti tidak pernah di'pilih' oleh anak kami ini," jelasnya.



         ________________________




No comments: