07 December 2015

TERBIT RANCANGAN TV '2 SEN' SENDIRI - SARIMAH NAFI LEPAS GERAM



Selepas beberapa selebriti tempatan contohnya Neelofa membuat rancangan TV sendiri secara online, terkini Sarimah Ibrahim pula berbuat demikian. Apa yang berbeza, Sarimah dikatakan lebih terbuka dalam sesuatu isu dan mahu ia lebih santai seolah The Ellen DeGeneres Show.

"Kita boleh berbincang apa sahaja... daripada kehidupan seharian hinggalah kehidupan peribadi. Tapi bukanlah sampai ke bilik air," ujar Sarimah berseloroh.





Untuk info, rancangan selama 5 minit itu akan disiarkan setiap minggu dan ia diterbitkan oleh Red Comunications. Peminat Sarimah boleh melayari FEEFO.TV dan pergi ke link http://feefo.tv/personalities-s2s.html untuk menonton.

Menyentuh mengenai kehidupan rumahtangganya sekarang, menurut Sarimah dia kini terlalu sibuk dengan keluarga terutama suami hingga jarang keluar di media.



"Tapi rancangan Sarimah 2 sen ini bukan tempat saya melepaskan geram. Ia sebaliknya tempat kita berbincang dan bertukar pengalaman contohnya isu cerai dan sebagainya. Bak kata orang, siapa makan cili... dia rasa pedas!

"Malah kalau nak dikira, realiti show yang ada di TV sekarang rasanya tak realiti langsung. Sebab itulah rancangan ini diwujudkan bagi mengetengahkan 'The Real Reality Show' dalam dwi bahasa (english & bahasa Malaysia).

"Paling penting, ia satu platform untuk saya dekatkan diri dengan peminat... tapi bukan untuk mencari glamor atau populariti," kata Sarimah ketika ditemui myartis.com hari ini di Damansara Perdana, Petaling, Selangor.

GAMBAR-GAMBAR - klik untuk size besar















LAGI GAMBAR-GAMBAR DI INSTAGRAM MYARTIS - Sila klik



         ________________________




No comments: