14 December 2015

"TAK MAHU KONTROVERSI MALAPKAN NAMA SAYA" - SITI NORDIANA



"Kalau boleh memang kita tidak mahu ada kontroversi dan gosip, pada saya ia melihat bagaimana kita memberi reaksi kepada gosip tersebut.

"Sejak masuk ke dalam industri saya memang sudah bersedia dengan perkara ini. Pada saya kalau ia sesuatu yang tidak betul, kita tidak perlu layan untuk memanjangkannya," demikian kata Siti Nordiana yang cuba untuk mengelak daripada dihimpit kontroversi apabila namanya kembali popular selepas menjuarai Gegar Vaganza 2.





Ini kerana menurut Nana, kontroversi yang tidak membantu hanya akan menjejaskan langkahnya untuk kembali mengukir nama dalam industri hiburan tanah air.

Tambah Nana, dia sedar keputusan untuk kembali aktif ke industri hiburan secara tidak langsung mendedahkan dirinya untuk menjadi perhatian masyarakat.

Selain itu, Nana akui pertandingan ini telah membangkitkan semula namanya di persada muzik tempatan.



Pelbagai cubaan dan rintangan telah diharungi akhirnya Nana berjaya membuktikan yang dirinya mampu menyanyi dengan baik dan memberi saingan yang sihat.

"Sepanjang bergelar penyanyi, saya tidak pernah diberi ruang untuk menyanyi di pentas-pentas yang besar seperti Anugerah Industri Muzik (AIM)dan lain-lain.

"GV2 platform yang tepat untuk diri saya menunjukkan bakat dan menyanyikan lagu yang bernada tinggi.

"Mungkin sebelum ini ramai peminat mengenali diri saya hanya mampu menyanyikan lagu-lagu 'Leman' seperti yang disebutkan Tok Ram.

"Alhamdulilah, kejayaan ini adalah kemenangan kepada semua peminat yang sangat luar biasa menyokong saya sepanjang berada di pentas GV ini," ujar Nana dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...