08 December 2015

TERPISAH DENGAN ANAK-ANAK - LIYANA MANAN LUAH PERASAAN



Gara-gara isu bertemu anaknya di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini, Liyana Manan dituduh oleh bekas suaminya sengaja membuat berita bagi meraih simpati.

Semuanya bermula apabila caption yang ditulis oleh Liyana Manan memaklumkan yang dirinya sudah hampir setahun tidak bertemu dengan anaknya itu.

Untuk makluman, Liyana Manan telah memberikan hak penjagaan anak-anak kepada suaminya, Romie.





Selanjutnya, Hanez Suraya telah memuat naik status melalui Ignya menafikan dakwaan yang mereka tidak membenarkan Liyana Manan bertemu dengan anak-anaknya. Kata Hanis, dari dulu sampai sekarang tak habis-habis kisah buruk mengenai dirinya disebar dan meminta media agar tidak 'bias' terhadapnya.

Terkini, Liyana Manan yang telah lama memandam rasa akhirnya meluahkan isi hatinya:
Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan teman-teman yang selama ini mengetahui saya terpisah dengan anak-anak. Doa bertemua dengan anak akhirnya Tuhan kabulkan. Saya tidak mengaitkan sesiapaun dalam “post” itu, jauh sekali menyebut nama Romie dan Hanez. Saya tidak menyentuh mana-mana pihak tetapi kenapa mahu terasa?

Keesokannya saya mendapat mesej dari Romie yang mendakwa saya mengeluarkan berita. Berita apa? Saya tidak bertemu wartawan pun ketika itu. Saya hanya mendiamkan diri. Jika anda duduk di tempat saya, apa perasaan apabila terpisah dengan anak-anak?

Selama ini adakah saya pernah membuat kecoh apabila sudah berbulan tidak menemui anak? Saya hanya mendiamkan diri, memendam kerinduan yang amat sangat. Siang malam menangis mengenangkan mereka, tetapi siapa tahu derita hati saya?

Apabila dapat memeluk dan mencium Putra Adreeshah, saya muat naik gambar kami sebagai pengubat kerinduan. Tetapi apabila masyarakat mula menilai, kenapa harus saya melenting? Jika saya jenis yang suka mencari gaduh, rasanya hari-hari saya bantai di laman sosial.

Saya tidak mahu memburukkan sesiapa. Apa yang berlaku di pusat membeli-belah tempoh hari membuka mata orang ramai mengenai sikap mereka. Ketika berpisah dengan Putra Adreeshah, banyak mata yang memandang. Akibat tidak tahan sedih, saya meraung.

Apa yang berlaku pada saya diperhatikan orang ramai. Ketika turun eskalator, ada beberapa orang mengekori dan menepuk bahu saya minta bersabar. Suatu hari nanti anak-anak pasti kembali ke sisi saya. Itu doa mereka.



Sumber: Beautifulnara & Berita Harian


         ________________________




No comments: