08 December 2015

JUMLAH PENGIKUT IG NAIK MENDADAK - NANA LUAH RASA SYUKUR



Pasti ramai yang tidak sabar melihat Siti Nordiana, Haiza, Ezad Lazim, Acong, Faradhiya dan Nassier Wahab beraksi di pentas akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) kan?

Peserta GV2 masing-masing mempunyai aura yang tersendiri. Namun berdasarkan persembahan semasa, nampak gayannya peluang untuk Siti Nordiana merangkul gelaran juara adalah lebih tinggi.





Pada konsert minggu kelapan, Nana sekali lagi mendapat tempat pertama dengan lagu 'Mengapa' nyanyiannya. Tidak dinafikan nyanyian Nana memang powerful sungguh. Jika mutu persembahan yang sama ditunjukkan, pasti dengan mudahnya gelaran juara akan menjadi milik Nana.

Apa pun, sejak menyertai program GV2, peminat Nana semakin bertambah. Ini dapat dibuktikan melalui jumlah pengikut di Instagramnya yang dulu cuma 100 ribu pengikut, sekarang ia meningkat sehingga lebih 200 ribu. Nana sendiri mengakui pertambahan peminatnya ini.

"Jika dahulu follower Nana lebih kurang 100 ribu sahaja tetapi selepas GV, follower sudah meningkat sehingga lebih 200 ribu. Alhamdulilah, syukur.



"Dan jumlah yang like pun dah bertambah. Dulu nak dapat like 500 pun susah. Sekarang alhamdulilah, pos apa-apa pun like ribu-ribu. Terima kasih sangat kepada peminat yang sokong Nana.

"Nana gembira sangat. Segala pengorbanan untuk GV, ulang alik dari Seremban, ambil kelas vokal dan sebagainya akhirnya berbaloi.

"InsyaAllah, selepas ini Nana akan terus berkarya demi peminat," ujar Nana dipetik sebagai berkata.

Diharap selepas tamatnya GV2, Nana akan terus aktif menyanyi untuk melepaskan kerinduan para peminatnya. Good luck and all the best untuk final GV2.



         ________________________




No comments: