16 January 2016

18 TAHUN MENDERITA - AKHIRNYA KAMAL PENDEK SELAMAT DIBEDAH



Setelah menanti selama 18 tahun, akhirnya seniman veteran, Nurul Kamal Mohamad Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Kamal Pendek dapat mengumpul duit sejumlah Rm18 ribu bagi kos pembedahan tulang tengkuknya.

Jika mahu dikira, Kamal seolah hanya mampu mengumpul RM1,000 setahun ke dalam dana pembedahannya itu. Difahamkan, dana tersebut adalah hasil daripada duit simpanan beliau sendiri serta sumbangan daripada pihak yang prihatin.





"Alhamdulillah dan syukur dengan keadaan diri sekarang, walaupun hanya dalam lingkungan 75 peratus sahaja akan pulih menurut Doktor. Kalau sebelum ini, hampir setiap malam saya terpaksa hadapi kesakitan ini," ujar Kamal yang dipetik sebagai berkata selepas menerima sumbangan daripada Datuk Irwan Shah Abdullah dan DJ Dave sejumlah Rm2,000.

Untuk makluman, pada tahun 2005, Kamal Pendek telah mengalami kecelakaan tulang belakang apabila terjatuh dari tangga semasa sedang menjalankan tugas di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Selepas kemalangan itu beliau terpaksa berkerusi roda dan menggunakan tongkat untuk bergerak. Malah, kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak sejak tahun 1974 turut terjejas.





         ________________________




No comments: