06 January 2016

5 GAMBAR - MAJLIS TAHNIK ANAK ASHRAF MUSLIM & NOOR DAYANA



Gambar-gambar sekitar majlis tahnik Anas Ashraf, anak Ashraf Muslim dan Noor Dayana yang diadakan pada 2 Januari lalu. Majlis tersebut adalah sempena kelahiran bayi lelakinya itu pada 10 Disember 2015.

Majlis yang diadakan di kediaman bapa Dayana, Haji Lokman di Sg Pusu, Gombak itu talah dimulakan dengan tahlil dan disusuli dengan selawat Nabi dan acara tahnik.





"Syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada tenaga pengajar Matah, Ustadz Dr Habeeb dari UIA, semua jiran2, sahabat2, sedara mara yang datang untuk meraikan majlis tahnik cucu saya," ujar Haji Lokman di FBnya.

Untuk info, amalan tahnik dalam budaya Melayu dipanggil 'belah mulut'. Tahnik bermaksud menyapu kurma yg dihancurkan ke langit-langit bayi. Tujuan tahnik ini ialah agar bayi terlatih mengunyah makanan dan menguatkan untuk makan.











         ________________________




No comments: