06 January 2016

TUNJUK KAYA DI TV - DATO' SERI VIDA KOMEN ISU KESELAMATAN DIRI



Gara-gara menunjuk kekayaannya dalam sebuah program yang dikelolakan oleh Aznil Nawawi, ramai penyokong Dato' Seri Vida melahirkan rasa bimbang kemungkinan berlakunya rompakan atau peristiwa pahit yang menimpa seorang usahawan kosmetik beberapa tahun dahulu terhadap Pengasas Vida Beauty itu.

Kata mereka, zaman sekarang ni, bahaya jika menunjuk-nunjuk kekayaan... tambah-tambah yang bernilai ratusan juta ringgit.

Namun Dato' Seri Vida ada alasan dan penjelasan tersendiri, jom baca:





MEDIA: Baru-baru ini, anda berkongsi mengenai kehidupan dan kekayaan anda di program TV. Tidakkah anda bimbang dengan keselamatan diri?

VIDA: Saya tidaklah berkongsi semua benda dalam program itu. Ada beberapa babak yang disunting dan saya pun tidak menunjukkan semua koleksi barangan berharga saya.

Lagipun, semua barangan itu saya simpan di bank kerana lebih selamat. Selain itu, saya juga mengumpul barangan kemas kerana kini dalam proses untuk membuka Kedai Emas, Permata dan Berlian Datuk Seri Vida dalam masa terdekat di Jerteh, Terengganu.

MEDIA: Apa maklum balas dan reaksi anda terima selepas program itu ditayangkan?

VIDA: Alhamdulillah, kebanyakannya reaksi positif. Saya pun tak sangka, jumlah tontonan video slot saya untuk program itu di Facebook mencecah 2 juta. Rata-rata mendoakan kesejahteraan saya dan saya juga mendoakan kesejahteraan mereka.

BERLIAN DAN EMAS ASLI


MEDIA: Bagaimana pula jika ada pihak menganggap anda hanya ingin menunjuk harta kekayaan?

VIDA: Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk atau membangga diri, sebaliknya hanya berkongsi atas permintaan program itu. Saya pun sebenarnya terkejut apabila melihat semula koleksi barangan saya yang boleh tahan banyak.

Apabila produksi program itu meminta saya untuk berkongsi koleksi barangan saya, saya kumpul semula beg tangan, kasut, mahkota dan apabila dilihat semula, tanpa saya sedari memang banyak juga yang saya kumpul selama ini. Satu lagi saya ingin memberitahu penonton, tidak mustahil untuk kita berjaya dalam kehidupan sekiranya kita benar-benar komited dengan kerja lebih-lebih lagi usahawan seperti saya.



Sumber: HM




         ________________________




No comments: