07 January 2016

TUMPAH DARAH - KANDUNGAN 7 MINGGU ELYANA GUGUR



"Umum mengetahui karakter saya yang kasar dan lasak, oleh itu saya terkejut ketika tumpah darah semalam kerana sama sekali tidak tahu sedang hamil tujuh minggu. Doktor menjelaskan saya keguguran.

"Namun, saya perlu membuat rawatan susulan (Jumaat) bagi memastikan tiada bayi luar rahim. Semoga semuanya dipermudahkan dan saya boleh menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional bagi memulihkan kembali rahim.





"Buat masa ini, saya menjalani rutin harian seperti biasa. Ada juga sesekali terasa sakit dan saya berehat seketika sehingga rasa itu hilang. Mengenali diri saya yang lasak ini, memang susah untuk duduk berehat di rumah," ujar penyanyi Elyana yang pasrah apabila kehilangan kandungannya itu kelmarin.

Untuk rekod, Elyana Erneelya Elyana Emrizal, 29, berkahwin dengan Khairul Anuar Husin, 41, pada 20 November 2010. Mereka mempunyai seorang cahaya mata bernama Cinta Sumayyah, berusia lima tahun.


                              Foto: Elyana IG - Sumber: BH



         ________________________




No comments: