05 January 2016

6 GAMBAR - RAGAM ANAK RITA RUDAINI MASUK DARJAH SATU



Memang ramai ibu bapa yang teruja semalam apabila anak mereka memulakan sesi persekolan darjah satu. Antara yang turut teruja ialah Rita Rudaini apabila naknya, Airit Rayyan Rizqin, mula bersekolah.

"Saya sendiri tidak keruan jadinya kerana inilah pengalaman pertama menguruskan anak ke sekolah. Apabila saya hendak pakaikan baju sekolah, dia sendiri yang beriya-iya teruja nak pakai sendiri.





"Lucunya, saat mula naik ke kereta untuk menghantarnya ke sekolah, dia bertanyakan mengenai kad namanya. Rupa-rupanya, saya tertinggal kad nama terbabit di rumah. Mulalah saya gelabah dan panik tak tentu fasal.

"Dalam perjalanan ke sekolah pula, dia siap suruh saya pasangkan lagu daripada filem Dilwale. Dia pun 'demam' filem berkenaan macam saya. Setibanya di sekolah, dia turun kereta dan tinggalkan saya menuju ke kelasnya. Nampak sangat dia begitu teruja nak bersekolah," ujar Rita dipetik sebagai berkata.

"Saya lihat dia boleh berdikari. Malah dia nampak lebih matang daripada usianya. Secara keseluruhannya, dia berkelakuan baik di sekolah sejak pagi hingga sekarang. Insya-Allah, saya akan temankan dia dalam lima hari lagi sebelum dia biasakan diri tanpa kehadiran saya," tambahnya.







Solat dulu sebelum balik



Foto: Rita IG
Sumber: BH



         ________________________




No comments: