11 January 2016

ALHAMDULILLAH - MIA SARA KINI KEKAL BERHIJAB



Rezeki Allah SWT tak ada siapa yang menyangka!

Begitulah halnya dengan pelakon kanak-kanak Mia Sara, yang dibuka hatinya untuk kekal berhijab selepas dia menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah baru-baru ini.





Bapanya, Muhammad Ridhuan, telah mengesahkan perkembangan terkini anaknya itu. Katanya, Mia memang sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung.

"Nak diikutkan Mia berhasrat mahu bertudung sejak setahun lalu. Lebih-lebih lagi apabila melihat semua keluarganya menutup aurat, dia seorang sahaja yang tidak.

"Saya menyokong hasrat itu dan pada masa sama tidak memaksa kerana dia masih lagi belum akil baligh," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Bagaimanapun, bapa Mia sejak awal lagi meminta masyarakat agar tidak mengecam anaknya nanti sekiranya tidak bertudung kerana dia masih lagi terikat dengan beberapa drama yang memerlukannya tidak berhijab.

"Sebelum ini Mia telah mengikat kontrak untuk beberapa siri drama yang memerlukan dia tidak bertudung.

"Oleh itu Mia akan tampil tanpa hijab untuk beberapa buah drama buat masa ini. Saya harap, tiada yang menghentam. Apatah lagi niatnya ingin berubah untuk menjadi seorang Islam yang baik, jadi biarlah dia melalui proses belajar itu," tambahnya.




Sumber : mStar



         ________________________




No comments: