Lepas ibu Jejai, iaitu Raja Noora yang pernah menyuarakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang pada pihak yang mengaitkan namanya mengenai masalah rumah tangga Fasha Sandha dan anaknya, terkini Nora Danish pula mengakui bahawa dia adalah mangsa keadaan apabila namanya dibabitkan dalam kontroversi itu.
"Saya mangsa keadaan. Tidak sepatutnya saya dilibatkan. Sebabnya tidak ada kena mengena dengan saya. Saya memang terkejut apabila isu ini timbul dan membabitkan nama saya pula. Tetapi apa boleh buat. Apa sekali pun tuduhan orang, saya sudah kuat untuk melaluinya," ujar Nora dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia semalam.
Tambah pelakon itu, buat masa ini dia telah dinasihatkan oleh peguamnya agar tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai dakwaan bahawa dia turut terlibat dalam meretakkan hubungan rumah tangga Fasha dan juga suaminya, Jejai.
"Bagaimanapun, nantikan sahaja apa yang sudah dirancang oleh pihak saya dan ini akan melibatkan saluran undang- undang," kata Nora.
Foto: Nora IG
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment