09 January 2016

CERIA ALL STAR AKHIR - NUR AMIRAH MUNCUL JUARA, MENANG RM15,000



Kelebihan bermain dram menjadikan Nur Amirah Syahirah, 12, pilihan utama juri yang terdiri daripada Nabil Ahmad, Nora Danish dan Datuk Siti Nurhaliza untuk dipilih sebagai juara program realiti, Ceria All Stars musim pertama semalam.

Sebagai juara, Nur Amirah meraih wang tunai RM15,000 beserta trofi. Manakala tempat kedua dimenangi Mohamad Iqmal Fikry, 15, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.





Sementara itu, kumpulan Born To Beat (BTB) memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. Seorang lagi peserta iaitu Fikry, yang melukis menggunakan semburan cat merangkul hadiah khas Caliph Kids Expert dengan wang tunai RM3,000 kerana mendapat undian SMS tertinggi.

"Syukur alhamdulillah saya berasa terharu dengan kemenangan ini kerana segala usaha dan penat lelah saya selama tujuh minggu dalam program ini berhasil.


Sumber & foto: BH

"Perancangan saya untuk terus kekal sebagai pemain dram solo wanita dan belum terfikir lagi kegunaan wang kemenangan ini. Tetapi, sedikit hasil daripada kemenangan ini saya ingin salurkan kepada rumah anak-anak yatim," kata Nur Amirah yang merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Petaling Jaya, Selangor.

Untuk info, Ceria All Star akhir itu telah berlangsung di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil, di mana Datuk Aznil Nawawi selaku penaung program tersebut turut berperanan sebagai pengkritik.

Keputusan ditentukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu 50 peratus sistem pemarkahan juri dan 50 peratus lagi adalah undian penonton.



         ________________________




No comments: