Jika sebelum ini, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana pernah dikatakan dirisik seorang ustaz, terkini remaja 15 tahun pula yang cuba memikatnya dan menyatakan hasrat mahu memperisterikannya.
"Yang cuba nak mengorat ada jugak... Biasa lah tu peminat... ada juga budak umur 15 tahun komen pada gambar yang saya muat naik, "nilah bakal isteri aku". Saya pun balas, "Iya adik"," ujar Nana dipetik sebagai berkata.
Kata Nana, kini dia semakin matang dan tahu bagaimana melayan kerenah peminat berbanding sewaktu di awal pembabitannya sebagai anak seni.
"Dulu, kalau saya rasa penat dan jika ada peminat yang mahu ambil gambar bersama, saya akan menolak. Tapi sekarang walau penat mana sekalipun, saya cuba melayan mereka dan tak mahu mengecewakan mereka," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Nana dalam perancangan memasarkan koleksi tudung jenamanya sendiri diberi nama NanaRayyan, tidak lama lagi.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment