12 January 2016

DATO' SERI VIDA BAKAL BERGELAR PELAKON & PENERBIT FILEM



Selepas gempar dengan keputusannya untuk menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan, pengasas produk kecantikan, Dato' Seri Dr. Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan Dato' Seri Vida, 44, bakal mencipta kejutan lagi apabila memaklumkan dia bakal bergelar pelakon dan penerbit filem.

Menurut Vida, dia mendapat tawaran berlakon daripada pengarah drama Michael Ang dan hanya akan menyatakan persetujuan untuk berlakon menjelang bulan depan.





"Watak yang ditawarkan ialah sebagai diri sendiri atau 'cameo'. Namun, saya belum membuat apa-apa keputusan kerana kekangan masa," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Vida berkata jika berlakon dia mengidamkan watak seperti Elsa dalam filem animasi Frozen dan Maleficent yang dilakonkan Angelina Jolie dalam filem Maleficent pada 2014.

Selain itu, dia juga bakal menerbitkan filem, namun enggan berkongsi mengenai jalan ceritanya tetapi kata Vida, filem ini akan menjadi filem yang sangat luar biasa.


Sumber: HM



         ________________________




No comments: