25 January 2016

INFO - 'POTRET' MUNCUL JUARA AJL 30



Pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-30 malam semalam telah memberi kemenangan tidak dapat dilupakan oleh Akim & The Majistret apabila lagu 'Potret' dinobatkan sebagai juara.

Kumpulan tersebut telah menewaskan 12 lagu yang bersaing di mana ia melayakkan mereka dan komposer Hang Nadim serta penulis liriknya Kamar Empayer membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 termasuk trofi AJL.





Sementara itu, naib juara dimenangi oleh Faizal Tahir yang membawa lagu 'Assalammualaikum' komposer dan penulis lirik oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok menerima RM35,000 dan trofi AJL.

Tempat ketiga berpihak kepada Caliph Buskers menerusi lagu 'Hanya Namamu', komposer dan penulis lirik, Edry Abdul Halim yang berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM20,00 serta trofi AJL.




Berikut senarai pemenang bagi AJL30 :



  • Persembahan terbaik: Akim & The Majistret (Potret)


  • Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah (Tak Pernah Menyerah)


  • Tempat ketiga: Caliph Buskers (Hanya Namamu)


  • Naib Juara: Faizal Tahir (Assalammualaikum)


  • Juara: Akim & The Majistret (Potret)

















  •          ________________________




    No comments: