Gara-gara kenyataan dan dakwaan bekas suaminya Mohd Fadhly yang mendakwa Syura seolah 'lupa diri' selepas menjuarai Masterchef Selebrti Malaysia musim kedua, Syura yang dihubungi media bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.
Dakwa Syura, dia masih lagi serabut dan terganggu dengan kenyataan Fadhly dan akan menjelaskan cerita sebenar selepas dirinya tenang nanti.
"Maaf, saya tengah serabut sekarang ini terhadap tuduhan bekas suami saya. Berikan saya masa untuk bersendirian. Insya-Allah saya akan tampil memberikan jawapan," ujar Syura ringkas.
Untuk info, dakwaan bekas suaminya itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi hingga ada pihak yang menuntut agar Syura tampil memberikan penjelasan sebenar. Kata mereka, dalam hal ini mereka tidak mahu berat sebelah dan mahu mendengar penjelasan yang adil dari kedua-dua pihak.
Sumber : Utusan
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment