23 January 2016

JUARA PARODI AKHIR - KOBIS PEDAS MUNCUL JUARA, MENANG RM325,OOO



Tahniah diucapkan buat kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai oleh Misha Omar dan Tauke Jambu apabila diumumkan sebagai juara bagi program Juara Parodi dan memenangi wang tunai RM300,000 dalam konsert akhir yang diadakan di Teater Shah Alam, malam tadi.

Selain itu, Kobis Pedas juga memenangi Anugerah Pilihan Penonton dengan hadiah wang tunai RM25,000.





Naib juara pula diduduki oleh kumpulan Abang Face yang dianggotai oleh Shuk SYJ, Joey dan Sam Bunkface, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Datuk Hattan dan Ajak Shiro yang mewakili kumpulan Juri.

Kumpulan Slumber Blur yang dianggotai oleh Mark Adam dan Shuib Sepahtu serta kumpulan Right Handed yang dianggotai oleh Waris, Abam dan Fad Bocey masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.

Finalis yang mendapat tempat naib juara sehingga tempat kelima berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000.



Seterusnya, Kategori Persembahan Terbaik dan Lirik Terbaik pula dimenangi kumpulan Abang Face. Kategori Vokal Terbaik pula digondol oleh kumpulan Juri. Pemenang setiap kategori masing-masing meraih wang tunai RM10,000.

Konsert akhir Juara Parodi dibuka oleh persembahan nyanyian oleh pemenang Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana bersama Lan Kristal yang menyampaikan lagu Paling Comel.

Juara Parodi yang berkonsepkan realiti komedi muzik menampilkan gabungan penyanyi popular dan pelawak dalam satu kumpulan dan memerlukan para peserta menukar lirik lagu kepada komedi dan parodi mengikut genre yang ditetapkan.

Juara Parodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Datuk Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap. Datuk AC Mizal pula bertindak selaku juri jemputan bagi konsert akhir.













         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...