23 January 2016

PUNCA CERAI - ADAM AF NAFI KERANA MASALAH KEWANGAN ATAU ORANG KETIGA



Berita mengenai penceraian antara Adam AF, 32, dan Fiza Elite, 34, mendapat perhatian ramai apabila penceraian ini merupakan kali kedua mereka.

Desas-desus yang mengatakan punca perceraian mereka adalah kerana masalah kewangan dan muncul orang ketiga. Bagaimanapun, Adam sendiri telah menafikan perkara tersebut.





"Biarlah punca perceraian kami ini hanya Allah sahaja yang tahu. Saya tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara ini.

"Apa pun, ia bukanlah disebabkan oleh orang ketiga ataupun masalah kewangan. Mungkin sudah tiada jodoh antara kami.

"Setelah mencuba (mempertahankan rumah tangga), saya reda dengan apa yang berlaku ini dan menganggap perpisahan adalah jalan yang terbaik buat kami berdua," ujar Adam dipetik sebagai berkata.



Untuk rekod, Adam dan Fiza berkahwin pada 26 September 2013 dan bercerai kali pertama pada 28 April 2014. Kemudian mereka rujuk pada tahun yang sama. Pada 21 September tahun lalu mereka telah bercerai buat kali kedua.

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata bersama. Namun Fiza mempunyai dua orang cahaya mata melalui perkahwinan pertamanya.



         ________________________




No comments: