14 January 2016

KAMERA BERNILAI RM100K HILANG - A. AIDA TAWAR GANJARAN RM20K



Sikap jurukamera dan pembantu jurukamera meninggalkan kamera berharga RM100,000 di dalam van ketika pergi sarapan di sebuah kedai berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) telah membuat penerbit Datuk A. Aida kecewa.

Kata pemilik A. Aida Production Sdn. Bhd., jika kru berkenaan ada rasa tanggungjawab sudah pasti kamera itu akan dibawa ke mana sahaja mereka pergi, hatta dalam tandas sekalipun.





"Kita semua sedia maklum, kamera ibarat nyawa atau 'isteri kedua' kepada seorang jurukamera atau jurufoto. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya meninggalkan barang itu tanpa pemerhatian, malah kalau ke tandas sekalipun akan dibawa, apalagi kalau ke kedai makan.

"Sesungguhnya saya amat kecewa dengan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Cakap memanglah senang, dah nak berlaku. Tapi yang keluarkan duit membeli kamera itu saya lagipun baru sebulan kamera itu dibeli. Memandangkan saya mengalami kerugian RM100,000, saya telah membuat laporan polis pada hari kejadian itu juga iaitu pada 11 Disember lalu," ujar Aida dipetik sebgai berkata.

Kamera jenis SS7 milik A. Aida Production yang dicuri daripada van


Difahamkan ini bukan kali pertama Aida mengalami kerugian kerana sebelum ini pun sudah ada. Tambahan pula dia menjalankan perniagaan sewa beli peralatan penggambaran.

Bagaimanapun Aida tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap krunya atas dasar perikemanusian.

"Kalau saya nak saman kru pun tak guna, berapa sangatlah gaji mereka kerana saya ni masih berperi kemanusiaan lagi. Tapi yang saya tak tahan, bila lewat bayar gaji dek kesalahan besar itu (kamera hilang), pandai pula mengamuk di laman sosial. Sekarang ini pihak polis Ampang sedang melakukan siasatan dan saya berharap pencuri itu akan menerima hukuman setimpalnya," jelasnya.

Katanya, selain menunggu siasatan polis, dia juga berusaha berdoa dan meminta ibu juga beberapa sekolah tahfiz melakukan solat hajat. Selain itu dia juga turut menawarkan hadiah wang RM20,000 sebagai ganjaran untuk sesiapa yang dapat pulangkan semula kamera berkenaan.

Menurut Aida, Kamera tersebut adalah kamera ketujuh milik produksi dan setakat ini hanya ada kira-kira 50 buah sahaja di Malaysia.

"Kenapa saya sanggup tawar wang sebanyak itu kerana kamera Sony SS7 itu yang paling terkini dan ia boleh digunakan untuk penggambaran filem dan drama. Saya berdoa agar kamera yang digunakan untuk penggambaran telefilem Kolam Cinta arahan Murali Abdullah itu berjaya ditemui semula," katanya.


Sumber: UM



         ________________________




No comments: