14 January 2016

"SAYA KECEWA RAKAN ARTIS TIDAK PEDULIKAN M. DAUD KILAU" - MAK ROS



"Janganlah sampai ada yang sudah meninggal dunia baru nak datang," demikian kata bekas peserta Kilauan Emas musim 2013, Mak Ros yang kecewa kerana rakan artis tanah air seolah-olah tidak mempedulikan keadaan penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau yang kini terlantar di hospital akibat masalah sukar membuang air kecil.

Menurut pemilik nama sebenar Rosiah Fatimin, setelah lebih seminggu penyanyi veteran itu dirawat di Hospital Teluk Intan, tiada seorang pun rakan artis atau wakil daripada persatuan artis yang melawat penyanyi berusia 77 tahun itu.





Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana terdapat persatuan artis yang diberikan peruntukan oleh kerajaan untuk menjaga kepentingan artis khususnya jika mereka sakit.

"Saya berharap rakan-rakan artis mengingati perjuangan dan jasa penyanyi veteran seperti M. Daud Kilau," jelasnya.

Penyanyi veteran itu dimasukkan ke hospital sejak 3 Januari lalu setelah mengadu mengalami masalah membuang air kecil.

Sementara itu, M. Daud Kilau mengucapkan terima kasih dan menyatakan rasa terharu kerana dikunjungi oleh rakan seperjuangan dalam dunia seni hiburan.

"Kedatangan Mak Ros hari ini amat bermakna buat saya. Terima kasih kepada beliau kerana sudi datang dari jauh untuk melawat saya," katanya.


Sumber: UM



         ________________________




No comments: