28 January 2016

LEPAS BICARA MAHKAMAH - MAJLIS RESEPSI ADIRA & SUAMI BAKAL DIADAKAN DI SABAH



Adira dan suaminya, Datuk Seri Adenan Abu merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di kampung halaman Adira di Kota Kinabalu, Sabah, selepas perbicaraan kes mereka selesai

Terdahulu, Adenan yang merupakan ahli perniagaan dan mempunyai syarikat ejen hartanah telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengemukakan bukti berupa salinan asal sijil pernikahan mereka di Songkhla, Thailand yang didakwa berlangsung pada 8 Disember 2015.





Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 25, dan suaminya hari ini memfailkan permohonan pengesahan pernikahan berpoligami di luar negara. Kes itu didengar bawah seksyen 12 dan 23 Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

"Semasa memafailkan kes berkenaan pihak kami telah memasukkan semua bukti sebagai lampiran namun pihak mahkamah ingin melihat salinan asal bukti pernikahan tersebut.

"Jadi kami akan sediakan semua yang diminta pada perbicaraan akan datang," ujar peguam syarie yang mewakili pasangan berkenaan, Irsamuddin Ikhsan.



Untuk makluman, kes berkenaan telah didengar buat kali pertama dihadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Lutfhatul Hanah Shamsudin.

Ia akan disambung pada 7 Mac depan.

Seperti yang semua maklum, Adira sebelum ini mengakui sudah berkahwin dengan Adenan sebagai isteri kedua selepas hanya tiga minggu berkenalan.

Namun ramai yang masih berteka-teki mengenai keputusan mereka untuk bernikah di Thailand padahal isteri pertama dikatakan telah merestui hubungan mereka. Alasan Adira ialah mereka tidak sempat menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan di Malaysia.


Sumber: Mstar


         ________________________




No comments: