30 January 2016

MENJELANG NIKAH - AKIM PILIH CINCIN LIMA PERMATA UNTUK STACY



Setelah kejayaannya merangkul anugerah di AJL 30 bersama The Majistret, Akim Ahmad, 25, akhirnya memilih cincin campuran emas putih dan kuning bertakhtakan lima permata buat bakal isterinya Stacy.

"Cincin pilihan saya ini adalah kejutan buat Stacy kerana coraknya yang berbeza dari kebiasaan. Ringkas saja bentuknya namun memberi erti yang mendalam.





"Corak itu dipilih bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan kami nanti. Rapuhnya tiang agama itu nanti mampu menggoyahkan rumahtangga.

"Saya berharap Stacy suka dengan cincin yang dipilih dan memahami maksud tersirat di sebalik pemilihan tanda cinta kami itu," ujar Akim dipetik sebagai berkata.



Untuk info, cincin tersebut adalah tajaan pihak Rings and Bands bagi majlis pernikahan mereka yang bakal berlangsung di Sabah tidak lama lagi.

"Alhamdulillah persiapan untuk majlis pernikahan itu hampir selesai. Tinggal beberapa urusan kecil saja yang perlu diuruskan.

"Kami mencapai kata sepakat untuk menyerahkan perancangan majlis di sana kepada keluarga Stacy bagi membangkitkan elemen kejutan buat saya," tambah Akim yang sebelum ini telah mengikat tali pertunangan dengan Stacy dalam sebuah majlis tertutup.




Sumber: BH - Foto: Akim IG



         ________________________




No comments: