30 January 2016

SETELAH LAMA MENJANDA - DJ LIN AKHIRNYA JATUH CINTA DENGAN PEMINAT



"Diri ini diduga lagi! DOAkan agar nasib dan tuah menyebelahi LIN ya... moga tabah hati ini melaluinya & moga diberi kekuatan mengharungi kesakitan yg dirasa.. Ameen!" demikian kata DJ Lin, penyampai radio Suria FM melalui IGnya.

Untuk info, Semalam melalui rancangan Suria Cinta (SC), Linda Onn tanpa disangka telah bertanya kepada Roslinda Abd Majid atau DJ Lin mengenai kekasih hati. Apa yang mengejutkan, DJ Lin yang popular menerusi rancangan Suria Cinta itu membuat pengakuan eksklusif yang cintanya telah terpaut dengan seorang pendengar radio yang merupakan peminatnya sendiri.





Mendengar pengakuan tersebut, Linda Onn secara berseloroh mengatakan sepanjang dia menjadi DJ iaitu sekitar 18 tahun, dia tidaklah sampai terpaut hati dengan pendengar sendiri. Ha ha... memang kelakar usikan Linda!

Rasanya, ini adalah cinta terkini DJ Lin yang merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak setelah dia putus cinta pada 2010.

Kiriman 'surat cinta' yang sering diterima DJ Lin


"Kak Lin dah tak ada hubungan dengan lelaki tersebut. Kak Lin sudah kembali solo semula. Sebenarnya, terus-terang Kak Lin katakan, memang agak sukar untuk cari orang yang betul-betul faham kita. Terutama sekali buat Kak Lin yang sudah mempunyai dua anak. Sekarang ini, Kak Lin perlu utamakan anak-anak," katanya ketika putus cinta dahulu.

Bagaimanapun, untuk cintanya kali ini, marilah kita sama-sama doakan agar DJ Lin cepat-cepat bertemu jodoh dengan kekasih barunya itu.


Foto: DJ Lin IG


         ________________________




No comments: