24 January 2016

SAH HAMIL - RAJA FARAH BAKAL BERGELAR IBU



Raja Farah, 27, yang sebelum ini pernah menganggap dirinya tidak mungkin berpeluang menjadi ibu ternyata meleset apabila dia disahkan hamil dua bulan.

Menurut Farah, berita kehamilannya itu diketahui seminggu selepas dia pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah bersama suaminya, Iskandar Ismail dari 18 hingga 29 Disember lalu.





"Alhamdulillah kerana akhirnya keinginan untuk menjadi ibu dimakbulkan Allah. Saya hanya mengetahui diri saya hamil apabila membuat pemeriksaan pada 5 Januari lalu. Berita ini cukup menggembirakan saya dan suami kerana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata.

"Diikutkan saya tidak pernah merancang apatah lagi mengharap kerana bimbang nanti diri akan kecewa. Saya sering memujuk diri mungkin masa untuk hamil belum tiba. Pernah juga terdetik di hati, apakah saya tidak mungkin mengandung tetapi berita ini melenyapkan semua perasaan sangsi itu," ujar Farah teruja.

Ditanya perasaannya bakal menjadi ibu, Raja Farah tidak mampu menyembunyikan kegirangannya kerana detik yang sudah lama ditunggu itu bakal menjadi kenyataan.



"Sukar digambarkan dengan perkataan kerana selama ini, saya memang berharap untuk segera menjadi ibu. Bagaimanapun, sebelum melaluinya saya diuji dengan pelbagai dugaan namun Allah itu adil. Penantian panjang saya itu berakhir apabila disahkan hamil," jelasnya.

Selepas hampir lima bulan bernikah, Raja Farah dan suaminya sekali lagi diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Anjung Floria, Precint 3, Putrajaya, petang semalam.

Untuk makluman, Raja Farah dan Iskandar bernikah pada 6 September lalu. Ia adalah perkahwinan kedua Raja Farah kerena sebelum ini dia pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010, namun jodoh mereka berakhir pada 25 Mei tahun lalu tanpa cahaya mata.

Majlis resepsi yang diadakan petang semalam





















Sumber: BH



         ________________________




No comments: