23 January 2016

PRODUK QU PUTEH: "SAYA HARAP PENGGUNA TIDAK HILANG KEPERCAYAAN" - DATUK SERI VIDA



Semua sedia maklum mengenai dua produk Qu Puteh iaitu, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block telah diharamkan penjualannya oleh Malaysia dan Brunei kerana mengandungi racun berbahaya.

Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida berkata, pihaknya akan melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah sedemikian belum pernah lagi berlaku.





Datuk Seri Vida mengumumkan penarikan itu susulan kenyataan dari Kementerian Kesihatan yang mengesahkan kedua-dua produk itu mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

"Dua produk Qu Puteh tersebut yang dilaporkan mengandungi racun berbahaya akan ditarik balik dari pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara berkuatkuasa hari ini.

"Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna.



"Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini," ujar Vida dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Datuk Seri Vida juga berkata walaupun kedua-dua produk itu diberhentikan jualan, produk kesihatan lain masih lagi dijual di pasaran seperti biasa.

"Saya yakin produk kecantikan dan kesihatan yang lain tidak mempunyai masalah sama. Saya harap pengguna tidak hilang kepercayaan pada produk saya," jelasnya.



         ________________________




No comments: