12 January 2016

TAJAAN RM25 JUTA - SHAHEIZY SAM NIKAH SYATILLA MELVIN 8 FEBRUARI



Awalnya mereka berdua menafikannya, tetapi selepas sidang akhbar yang diadakan di di Hotel Sunway Putra, pagi tadi, akhirnya pelakon, Shaheizy Sam, 34, dan Syatilla Melvin, 25, mengumumkan akan berkahwin pada 8 Februari ini.

Apa yang menarik, mereka berdua menerima tajaan perkahwinan keseluruhan berjumlah RM25 juta sekali gus menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai 'wedding of the year'.





"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu.

"Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut," ujar Sam dipetik sebagai berkata.

Sidang akhbar yang diadakan oleh Sam & Syatilla
Klik untuk gambar besar


"Jumlah berkenaan membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta dan RM5 juta lagi membabitkan persiapan majlis termasuklah pakaian, dekorasi, pelamin dan cenderahati," tambahnya.

Untuk info, majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Manakala majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.







Sumber: HM



         ________________________




No comments: