27 January 2016

TERLANTAR SAKIT - JKM AKHIRNYA TAMPIL MEMBANTU AMRAN TOMPEL



Teman ketawa senang dicari, teman menangis seorang diri!

Demikianlah halnya dengan Amran Aman Ramli, 65, anak pelakon veteran terkenal, AR Tompel yang jatuh sakit baru-baru ini. Dia yang terlantar di rumahnya di Taman Matahari Height, Senawang, Negeri Sembilan selepas diserang angin ahmar tahun lalu mendakwa terpinggir tanpa perhatian sewajarnya.





Terkini, selepas berita nasib malangnya itu disiarkan media, akhirnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri yang di wakili oleh 
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norha­yati Omar tampil bagi menambah jumlah bantuan bulanan yang diterima pelakon itu dan keluarganya.

"Sejak dua tahun lalu, JKM menyalurkan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sebanyak RM200 sebulan kepada keluarga Amran. Bagaimanapun, kita akan gantikannya dengan Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM300.

"Kita juga akan memberi alat bantuan berjalan supaya dia dapat melakukan terapi di rumah, selain memudahkannya untuk mendapat rawatan di hospital," ujar Norha­yati dipetik sebagai berkata.



Dan seperti biasa sebagaimana rancangan 'BersamaMu' TV3, turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd. Ghazali Abd. Wahid dan Pengarah JKM negeri, Mohamad Hapil.

Untuk info, Amran yang pernah berlakon dalam filem Keluarga 99 diserang angin ahmar selepas pengsan ketika berehat di rumahnya pada Disember tahun lalu.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang datang melawat dan memberi bantuan kepada saya," katanya yang agak terkilan dengan beberapa saudara terdekat yang tidak menjenguknya sejak terlantar sakit.

"Kalau ditakdirkan sihat semula, saya teringin untuk berlakon semula," tambah Amran yang sebelum ini hanya bergantung kepada pendapatan hasil menjual makanan.

Pada anda yang bersimpati, anda boleh menghulurkan bantuan dengan menghubungi talian 011-23028481.




Sumber : UM


         ________________________




No comments: