04 January 2016

TOLAK 'KING CONTROL' - FARAHDHIYA IDAM LELAKI 'MATANG'



Ada sesetengah pihak yang kurang percaya dengan pengakuan naib juara Gegar Vaganza 2 (GV2), Farahdhiya Mohd Amin, 31, bahawa dirinya masih solo.

Menurut Farahdhiya, beliau punya cerita tersendiri mengapa sukar dipertemukan seorang teman lelaki yang tepat.





"Iya betul, saya masih single… saya tiada sesiapa yang istimewa, tiada teman lelaki yang serius buat masa ini.

"Rasanya ada segelintir lelaki yang dah naik menyampah nak ajak saya keluar dating. Sebab saya sibuk sangat, hingga tiada masa untuk keluar bersantai.

"Kawan baik saya sendiri sudah dua bulan tidak berjumpa. Malahan, dia hanya datang ke sesi latihan Gegar Vaganza sebelum ini untuk bertemu saya.



"Habis program itu juga saya tiada masa rehat, terus sambung shooting drama. Penat itu memanglah penat tetapi saya seronok dan tidak mengeluh.

"Saya bersyukur diberi rezeki melimpah ruah dan ini petanda baik untuk kerjaya seni," ujar Farahdhiya dipetik sebagai berkata.

Meskipun hampir tiada masa untuk berehat panjang namun Farahdhiya menerima kenyataan tiada cinta buat masa ini.



"Inilah kenyataannya. Kehidupan saya banyak di luar untuk bekerja. Kalau ada cuti rehat sehari saya duduk rumah saja.

"Nak serius berkawan dengan saya, lelaki itulah kenalah bersabar dan berusaha kuat memahami kerjaya saya.

"Lagipun saya mencari cinta yang matang daripada lelaki yang matang dalam segala segi, bukannya cinta budak-budak.

"Sekarang saya bukannya perempuan yang suka bercakap telefon berjam-jam atau menelefon setiap masa. Saya tidak mahu cinta yang suka kontrol atau mengawal setiap pergerakan saya. Itu cinta buang masa," jelansya.

Menganai perkembangannya selepas GV2, beliau bakal meneruskan kerjaya nyanyian dengan mengeluarkan single terbaru tidak lama lagi.

"Judulnya masih rahsia. Saya ingin berkongsi sesuatu yang istimewa bersama semua peminat dan pihak yang menyokong saya," katanya yang sepuluh tahun lalu dikenali menerusi lagu 'Bertakhta Di Hati'.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...