15 January 2016

ULANG ALIK KE CHINA - SUAMI ZIZIE EZETTE BAKAL DIBEDAH



Meskipun ada yang menyebarkan berita palsu bahawa suami Zizie Ezette yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Raden kini sedang nazak, namun semalam Bung Mokhtar sendiri telah meminta mendoakan kesihatannya.

"Saya dalam keadaan baik. Tak ada bro (mengenai dakwaan dia tenat).

"Inilah keadaan saya bro (merujuk pada gambar terbarunya)," ujar Bung dipetik sebagai berkata pada Free Malaysia Today.





Dalam pada itu, isterinya Zizie turut berkongsi berita mengenai suaminya itu dengan berkata dia terlalu rindukan Bung.

"Rasa jealous pula tengok Sam & Tilla sweet sangat nak kahwin ni, tiba2 hati teringat pada suami yang jauh nun di sana. Hehehe kita pun nak 'bersweet2' juga dengan suami kita," katanya sambil berseloroh.



Sebelum ini, Zizie ada memberitahu yang mereka berdua telah meraikan ulang tahun perkahwinan ke enam mereka pada Disember lalu di China. Malah dia juga terpaksa berulang-alik sejak tiga bulan lalu ke negara tembok bedar itu.

Bagaimanapun, hingga hari ini Bung Mokhtar tidak mendedahkan penyakit yang dihidapinya itu hingga memerlukan rawatan yang lama di China.





         ________________________




No comments: