21 January 2016

VIDEO PAKAI 'SPENDER' - ARJA LEE BUAT LAPORAN POLIS



Berikutan dimalukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan videonya yang hanya berseluar dalam, Arja Lee, 33, akhirnya telah membuat laporan polis di Taman Tun Dr Ismail.

Untuk info, video berdurasi 15 saat itu menunjukkan Arja sedang menimbang bola dengan memakai baju berwarna merah jambu dan hanya berseluar dalam di dalam sebuah rumah.

Sedutan video yang dimuat naik




Video itu kini telah mendapat ribuan 'likes' termasuk ribuan komen daripada pengikut akaun Instagram pihak penyebar itu.

Dakwa Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli itu, video tersebut dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab selepas telefon bimbitnya tercicir ketika dia berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.



Bagaimanapun, Arja berkata yang dia tidak terkesan dengan insiden penyebaran video kerana mempunyai keluarga, sahabat rapat dan peminat yang cukup mengenali dirinya, justeru tidak terus menjatuhkan hukum berdasarkan video itu saja.

"Ketika ramai yang mengkritik dan mencemuh, saya bersyukur ada juga yang menyokong kerana mereka tahu saya bukan begitu.

"Saya menghadapi situasi ini dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Apatah lagi saya pernah berhadapan situasi lebih kurang sama ketika membintangi filem Anu Dalam Botol (2011).

"Jika diikutkan, saya tidak pernah memuat naik sebarang gambar atau video sekadar untuk mencari publisiti.

"Video itu dirakam bagi menyahut cabaran rakan-rakan kerana tahu saya tidak boleh bermain bola sepak. Kalau benar saya ingin mencari publisiti murahan, sudah lama saya memuat naik gambar sebegitu," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Sumber: BH


         ________________________




No comments: