20 January 2016

FASHA SANDHA & JEJAI SAH BERCERAI



Hari ini setelah Fiza halim membuat pengakuan sudah bercerai dengan Adam AF, satu lagi berita mengenai penceraian artis popular disahkan mahkamah melibatkan pelakon Fasha sandha dan Jejai.

Pengesahan lafaz cerai talak satu itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab, ketika prosiding tertutup dalam kamar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta.





Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan.

"Perceraian ini adalah Jalan yang terbaik untuk kedua belah keluarga. Saya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan bersama kedua anak saya, Putra Rayfal 2 tahun, dan Putri Raysha 1 tahun," ujar Fasha dipetik sebagai berkata sambil menitiskan air mata.

Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.



Jejai pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal, 7.

Bagaimanapun, Jejai enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri media.

Dia yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah.





Sumber: BH


         ________________________




No comments: