Semua sedia maklum bahawa Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammaar Zar telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya dengan model Atita Haris pada Jumaat lalu secara rahsia.
Majlis pernikahan yang diadakan di Surau Al Ikhlas SS19 Subang Jaya itu dibuat secara tertutup oleh mereka berdua atas alasan tersendiri.
"Alhamdulillah :) kami selamat bernikah pada Jumaat lepas di Surau Al Ikhlas SS19 Subang Jaya. Tenkiu sangattt pade semua yang doakan kami," ujar Atita di laman IGnya.
Ditanya mengenai pernikahan rahsia itu, Nas-T berkata yang dia tiada niat untuk merahsiakan pernikahannya tetapi ia atas permintaan keluarga kedua belah pihak.
"Sebenarnya kami tidak mempunyai niat untuk merahsiakan berita baik ini daripada pengetahuan sesiapa.
"Kami rancang sepatutnya bernikah pada 4 Mac tetapi disebabkan berita kami menghadiri kursus kahwin sudah diketahui ramai, maka keluarga kami meminta supaya perkahwinan dipercepatkan.
"Padahal, mengikut perancangan awal, perkahwinan kami sepatutnya dilakukan secara berperingkat sehinggalah semuanya selesai pada Mac nanti, tetapi jodoh kami tiba lebih awal," jelas Nas-T.
Menerusi Instagram pasangan ini, mereka berdua telah berkongsi detik manis sekitar majlis pernikahan tersebut.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment