05 February 2016

ANGKARA BERITA PALSU - AARON AZIZ BENGANG ANAK DIFITNAH TENAT



Nampaknya penyebar berita palsu tidak serik-serik dan terus membuat dosa apabila anak bongsu Aaron Aziz iaitu Dahlia Arissa, 5, turut menjadi mangsa berita palsu apabila dikatakan sedang bertarung nyawa.

Macam-macam cara untuk mendapat pembaca yang ramai di laman sosial hingga mereka sanggup menyebarkan berita palsu tersebut yang mengguris hati Aaron sekeluarga.





Sehubungan itu, Aaron menerusi laman Instagramnya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang sering menyalah gunakan media sosial bagi menyebarkan perkara palsu.

"Ini lah yang akan berlaku bila orang yang tak lulus zaman persekolahan and nak cari publisiti murahan dengan membuat fitnah, salah anggapan & or whatever stupidity it took sampai berita macam ni boleh keluar.

"Tak Kelakar. Tak Gelak. Takde apa apa yang bagus lah senang kata dengan membuat-membuat cerita palsu macam ni. Dan kepada semua "orang-orang baik netizen" jangan pula bukak cerita baru seperti "Oh Tak baik Aaron marah marah... blah.. blah.." sebab bukan anak korang yang orang main mainkan!!!" ujar Aaron di laman IGnya.



Memandangkan Aaron, 40, masih lagi menerima rawatan di hospital, isterinya Diyana Halik, 35, ditanya mengenai perihal sebenar Aaron bertindak sedemikian.

"Berita yang tersebar itu merupakan gambar Dahlia sewaktu ingin menjalani pembedahan. Perkara itu sudah lama berlaku iaitu pada tahun lalu. Sayangnya, mereka guna gambar itu, cakap takziah apa lah.

"Walhal Dahlia sudah keluar sihat. Orang fitnah anak dia, itu yang dia rasa bengang. Padahal sekarang ini dia yang dimasukkan ke hospital," jelas Diyana.



Menurut Diyana, suaminya itu memang seorang yang cukup prihatin dengan anak-anaknya. Bahkan, katanya, Aaron lebih rela difitnah, tetapi bukan mengaitkan hal anak-anaknya.

"Aaron kalau orang fitnah dia tak mengapa, dia boleh terima lagi, tapi bukan sehingga membabitkan anak-anak. Bapa mana yang tidak melenting jika ada orang buat fitnah pasal anak sendiri," katanya.

Mengenai kesihatannya selepas diambil ujian darah, Aaron memaklumkan dirinya menghidap pneumonia atau jangkitan paru-paru selepas mengalami demam panas sejak Jumaat lalu.



"Pneumonia. Thank u everyone for ur prayers," kongsi Aaron di laman IGnya.

Menurut isterinya, Aaron kini berada dalam keadaan stabil selepas diberikan antibiotik sejak dimasukkan ke hospital.

"Insya Allah, jika keadaan suami beransur pulih, dia dibenarkan keluar hari ini.

"Syukur juga apabila doktor mengesahkan suami bebas dari sebarang penyakit lain selepas menjalani ujian imbasan x-ray," kata Diyana lagi.

Diyana juga memberitahu Aaron terpaksa berehat selama beberapa hari dari menjalani penggambaran drama Tentang Hati 2.


Sumber: Aaron IG, Kosmo & myMetro



         ________________________




No comments: