05 February 2016

RESPON NEELOFA MENGENAI ISU KIRIM TUDUNG KE ISRAEL



"Saya tahu isu ini agak sensitif tapi niat saya hanya mahu memenuhi kehendak penduduk beragama Islam di sana yang ingin membeli tudung kami. Urusan jual beli itu berlaku antara individu berkenaan dengan pihak saya, secara peribadi," demikian kata Neelofa mengenai isu mengirimkan barang ke Israel yang menjadi perbalahan dikalangan pengikut Instagramnya.

Menurut Neelofa, dia tidak pernah sama sekali menyokong sebarang tindakan kejam rejim Israel terhadap penindasan kepada warga Palestin, meskipun beliau ada menjalankan urus niaga tudung Naelofar Hijab dengan banyak individu di negara berkenaan.





"Penting untuk saya beritahu bahawa urus niaga itu tidak melibatkan kerajaan mereka pun, apatah lagi Naelofar Hijab memang menyediakan penghantaran pengeposan ke seluruh dunia. Seharus­nya orang kita berbangga apabila ada produk tempatan mendapat permintaan sehingga ke peringkat antarabangsa," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, kata Neelofa, meski pun dikecam hebat, dia tidak berhasrat memadamkan foto itu memandangkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan dari segi etika perniagaan.

"Kenapa saya perlu memadamkan gambar itu? Saya tidak akan merahsiakan urus niaga kami kerana banyak sebab, dan secara tak langsung orang boleh dapat informasi daripada sekeping foto berkenaan.

Resit yang menjadi perbalahan


"Barangkali ramai yang tak sedar mengenai hal ini. Individu itu juga bukanlah pelanggan pertama kami, tetapi sudah ramai yang membeli tudung Naelofar Hijab datangnya dari negara berkenaan.

"Sekurang-kurangnya mereka yang salah anggap itu dapat membuang tafsiran negatif dan sama-sama dapat maklumat. Di sana ada lebih daripada 20 peratus penduduk Islam," jelasnya.

Dalam pada itu, Neelofa menganggap keputusan berurus niaga dengan penduduk Islam di Israel sebagai bukan satu kesalahan.




Sumber: UM



         ________________________




No comments: