05 February 2016

SELAMAT NIKAH - STACY ANAM KINI ISTERI AKIM AHMAD



Tahniah diucapkan buat Akim Ahmad, 25, dan Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, kerana telah selamat bergelar suami isteri sekitar jam 10.15 pagi tadi.

Majlis yang berlangsung di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah itu telah dihadiri ramai keluarga terdekat, rakan dan saudara pengantin.





Pasangan ini dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS) Tuan Haji Matlin Dimin berwakilkan wali abang kepada Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam dengan dua kali lafaz.

Akim menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 buat Stacy, bagaimanapun jumlah hantaran masih belum diketahui. Manakala dulang hantaran pula, pihak perempuan memberi tujuh dulang dibalas jumlah yang sama dari pihak lelaki.

Untuk info, selepas majlis resepsi Stacy hari ini, majlis resepsi pihak lelaki pula akan berlangsung di rumah keluarga Akim di Johor Baru.

Dalam majlis pernikahan itu, Stacy kelihatan anggun dalam persalinan rekaan Raffiey Nasir dan solekan dari Kasih Cicie.

Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah.


:: VIDEO NIKAH - KLIK UNTUK TONTON ::


Klik gambar untuk size besar






















































         ________________________




No comments: