08 February 2016

AL FATIHAH - BAPA FAZLEY YAACOB KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Dengan duka cita dan rendah hatinya, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang dikasihi Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

"Terima kasih buat semua ahli keluarga jauh dan dekat, rakan taulan lama dan baharu, serta mereka yang pernah dan masih mengenali arwah ayahanda saya selama ini.





"Mohon maaf jika ada salah dan silap beliau, sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau. Al Fatihah.

"Kasih seorang ayah dibawa kemati. "Bapak.. terima kasih kerana sentiasa menjadi penyokong paling tegar, pengkritik paling jujur, insan paling penyayang, peminat paling setia, sahabat paling memahami, and hero terhebat dengan pelbagai superpower!"

"Paji terlalu sayangkan bapak, namun Allah lebih menyayangi bapak. Paji berjanji, akan sentiasa menjaga bidadari bapak, Ibu tercinta. Paji akan sentiasa menjaga adik-adik dengan penuh kasih sayang. Paji akan sentiasa berusaha..



"Agar bertemu kita di Jannah dengan Izin Allah. Terima kasih Bapak untuk segala-galanya! Doa paji agar Bapak tenang di sana," demikian kata Dato' Fazley Yaacob mengenai bapanya, Datuk Yaakob Mohammad, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

Takziah kami ucapkan buat Fazley dan keluarga. Semoga tabah mengharungi ujian ini dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.





         ________________________





No comments: