08 February 2016

TAHNIAH - ATU ZERO KINI SAH BERGELAR SUAMI EQA



Pada jam 10 pagi tadi, Atu dari kumpulan Zero telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya dengan pereka fesyen, Shafeeqa Johari, 30.

Atu atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Doli Sharif, 24, sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di kediaman ibu bapa pengantin perempuan di Peserai, Batu Pahat, Johor.





Dalam majlis tersebut, Atu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan menyarungkan sebentuk cincin serta seutas gelang tangan kepada pengantin perempuan.

Beliau turut menyerahkan wang hantaran RM30,000 serta tujuh dulang hantaran kepada isterinya itu manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran.



Pelawak berkenaan sebelum ini mendedahkan beliau mengenali isterinya itu sejak setahun lalu sebelum kumpulan Zero memenangi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2015.

Difahamkan, majlis persandingan kedua pengantin akan berlangsung di lokasi sama petang nanti manakala majlis bertandang di Sabah dijangka dibuat selepas rumah mereka yang sedang dibina disiapkan sepenuhnya.



























































         ________________________





No comments: