03 February 2016

DALAMI AGAMA - WAHID SENARIO SELESA TINGGAL DI KAMPUNG



Teringat kami dalam sebuah rancangan TV baru-baru ini di mana wartawan hiburan telah pergi ke kampung Wahid Senario dan bertanya mengenai aktiviti terbarunya. Jawab Wahid, dia kini lebih selesa dan merasa aman tinggal di kampung berbanding bandaraya Kuala Lumpur.

Terkini, apabila peminatnya secara kebetulan bertemu dan bergambar dengan Wahid di Masjid Bandar Baru Putra Ipoh Perak, wajah pelawak itu nampak lebih tenang. Wahid dikatakan sentiasa berada di masjid tersebut untuk mendengar kuliah ilmu dan ceramah bagi mendalami ilmu agama.





Bagaimanapun, rakan-rakan Senario yang lain sebenarnya masih rindu dan memerlukan kreativiti Wahid setelah dia menghilangkan diri. Difahamkan, Senario bakal mengadakan reunion semula bagi mengubat kerinduan peminat mereka.

Harapan kita, moga apa yang mereka rancangkan itu akan dapat mengembalikan kegemilangan Senario satu ketika dahulu.



Zaman kegemilangan Senario




         ________________________




No comments: