25 February 2016

FATHIA LATIFF MASIH CARI KEKUATAN UNTUK KEKAL BERTUDUNG



"Alhamdulillah, Allah memberikan hidayah kepada saya untuk belajar perlahan-lahan memakai tudung. Jika diikutkan, sejak menjalani penggambaran di luar negara lagi saya mencuba berhijab.

"Cuma saya meminta ruang kepada semua pihak untuk memberikan saya masa membetulkan tingkah-laku dan sekali gus menetapkan hati andai kata saya membuat keputusan untuk bertudung," demikian kata pelakon Fathia Latiff, 29, mengenai isu bertudungnya yang hangat diperkatakan.





Ini kerana, ramai yang gelisah melihat aksi pelakon itu yang sekejap bertudung dan kemudian tidak bertudung seolah mempermainkan kewajiban seorang muslimah.

Bagaimanapun, Fathia mengakui sedang mencari kekuatan menetapkan diri untuk bertudung sepenuhnya mengikut syariat menjadi muslimah sejati.



"Bagi saya, ia adalah langkah yang besar dan saya tidak mahu memperlekehkan sebarang penghijrahan yang dibuat. Saya mahu istiqamah dengan keputusan bertudung setelah memilih jalan untuk berhijrah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Dalam hal ini, saya enggan memperbesarkan isu bertudung itu," tambahnya yang menimbulkan persoalan mengenai penampilan terkininya di media sosial.






Sumber: BH - Foto: Fathia IG


         ________________________





No comments: