25 February 2016

GOSIP - SITI NORDIANA & PENGURUSNYA HANGAT BERCINTA?



Dalam diam, rupa-rupanya penyanyi yang meningkat kembali melalui rancangan Gegar Vaganza 2, iaitu Siti Nordiana digosipkan sedang hangat bercinta dengan pengurusnya sendiri.

Malah jika melihat melalui gambar mereka bersama, wajah Nana nampak berseri-seri dan mereka bagai pinang dibelah dua layaknya.





Oh... patutlah sebelum ini Nana nampak gembira, rupa-rupanya sedang dilamun cinta.

Apa yang menarik, pengurus Nana tu tidak kurang kacak dan siap ada lesung pipit lagi.

Difahamkan juga, hubugan Nana dengan pengurusnya ini bukanlah baru tetapi sudah bertahun-tahun lamanya. Bak kata orang, mereka berdua ni susah senang bersama.

Jika benar gosip ini, harap jangan tunggu lama-lama ya cik abang... kang Nana dikebas orang pula. Heh.

Nana dan pengurusnya

Sumber: Miss K


         ________________________





No comments: