28 February 2016

FOTO BERCIUM: "MEMANG SAYA MUATNAIK TAPI ITU BUKAN SAYA" - AHYA



Sebelum ini, Ahya Ulumuddin Rosli yang merupakan anak pelakon Normah Damanhuri itu hangat diperkatakan selepas gambar berkucupan dia dengan seorang wanita berpakaian mandi di tepi laut tersebar.

Artikel terdahulu:

Gambar tersebut membuatkan ramai pengikut mencemuh dan mempersoalkan tindakan pelakon yang pernah membintangi filem 'Tanda Putera' ini.





Ahya ketika dihubungi media berkata yang dia memang memuatnaik gambar berkenaan dan gambar tersebut adalah miliknya.

Bagaimanapun, Ahya menegaskan, gambar tersebut dijumpai di laman sosial Instagram dan di muatnaik kembali olehnya.

"Terpulanglah apa orang nak kata kerana di sebalik gambar tersebut, saya menyukai pemandangan laut di belakang subjek (gambar kekasih bercumbuan).

"Ya, memang saya muatnaik dan seperti yang saya katakan, jom island (pulau). Bermaksud saya mengajak kawan-kawan bercuti ke pulau.



"Terpulanglah sama ada orang berkeras mengatakan itu saya atau nak kata saya 'kantoi' kerana muatnaik gambar sendiri.

"Apa yang penting saya tahu apa yang sebenarnya," tegas Ahya.

Ditebak adakah dia sengaja berbuat demikian untuk mencari publisiti menaikkan namanya, Ahya pantas menepis dakwaan itu.

"Bagi mereka yang sudah lama mengenali saya, tahu saya bagaimana. Saya memang suka bergurau. Tapi yang tak dapat terima, terpulanglah," jelasnya.


Sumber: SH



         ________________________





No comments: