20 February 2016

JADI ISTERI KEDUA - ADIRA TAK KISAH DIRINYA DIHINA



"Saya tahu, di luar sana masih ramai yang melemparkan pelbagai kata hinaan hanya kerana saya menjadi isteri kedua. Terserah kepada mereka kerana saya ajar diri supaya tidak ambil pusing terhadap segala cacian yang dilemparkan," demikian kata Adira Suhaimi mengenai dirinya yang menjadi bahan hinaan sesetengah pihak di laman sosial.

Kata Adira, dia enggan ambil tahu dan memilih untuk tidak membaca segala tohmahan yang dilemparkan di sosial media.





"Semua itu hanya mengganggu emosi dan keharmonian rumah tangga. Saya memilih untuk tidak membaca segala tohmahan yang dilemparkan di sosial media. Lebih baik begitu kerana saya mahu menjalani kehidupan dengan tenang," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mengenai kehidupannya sekarang, Adira berkata yang kehidupannya selepas berkahwin adalah lebih indah.



"Alhamdulillah, kehidupan saya lebih tenang berbanding dulu apatah lagi, sudah mempunyai teman hidup selain anak-anak tiri yang sentiasa di sisi. Kehadiran mereka melengkapi hidup kini, malah membuatkan saya lebih gembira," jelasnya.

Tambahnya lagi, keputusannya untuk berkahwin di usia muda dan bergelar isteri kedua bukanlah semata-mata mahu mengejar kemewahan namun menganggapnya sebagai jodoh yang sudah diatur Tuhan.





         ________________________





No comments: